Wednesday 1 January 2014

7 Sebab Mengapa Badan Kita Perlukan Supplemen

Assalamualaikum pembaca...

Hari kedua dalam tahun baru. Lembaran kedua dalam buku tahun 2014... Baiklah hari ni kita story pasal supplement tu penting ke x penting dalam badan kita. Mungkin ada yg ckp mcm ni " x perlu makan makanan organik sudah" "x perlu sy mmg hanya makan makanan sihat" "x perlu sy mmg menjaga kesihatan" dan bla bla bla...Kalo bab ckp mmg korang paling power lah kn...tp cakap sonang yo buek x buek tu...hahahaha..x pasal2 kuar bahasa nogeri den.. so hari ni aku cuba la bagi 7 sebab kenapa badan kita perlukan supplement...moh ler kita teruskan pembacaan...

Berikut merupakan sebab2 kenapa badan anda semua termasuklah aku ni perlukan supplement:-

1) Badan kita perlukan dos vitamin yg lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi dr makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi drpd makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2) Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yg tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dgn buah-buahan dan sayuran dari tanah yg subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

4) Pengambilan pil penahan sakit, ubat-ubatan, alkohol, rokok dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5) Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

6) Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

7) Bagi yg bekerja, makan tenghari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yg mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Itulah diantar sebab-sebabnya. Jadi fikir2kanlah...

Berminat untuk memulakan pengambilan supplement? Boleh whatsapp/sms/call 0133023903 atau email nurhidayah_shakeela@yahoo.com atau pm kt FB pn boleh...free consultation....

Terima kasih kerana sudi membaca...

"Kesihatan tidak boleh ditukar dgn wang ringgit"

No comments:

Post a Comment