Saturday 26 April 2014

Wanita teristimewa-IBU

Pesan Ibuku "Kami tidak punya banyak harta. Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga ke menara gading kerana itu sahaja bekalan yang ada untuk masa hadapanmu"

Ibu adalah seorang insan yang amat istimewa. Mampu memikul 1001 jawatan dalam satu masa. Dialah isteri, dialah ibu, dialah pekerja, dialah tukang basuh, tukang masak, tukang kemas, dialah segala-galanya. Bahkan mengalahkan "orang suruhan" yg diperah tenaganya siang dan malam. Tidak ada "cuti sakit" dalam kamus hidup seorang ibu. Demi suami demi anak-anak sang ibu berbakti tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Sanggup melupakan segala cita-cita demi kebahagian anak-anak demi berbakti kepada sang suami. Kerana kasihkan anak-anak dan cintakan suami, sang ibu sanggup memendam perasaan dan keinginannya. Banyak lagi yg sang ibu sanggup lakukan demi kebahagian anak-anak dan suami tercinta.

Ibu tidak ada ada gantinya. Doanya selalu untuk insan-insan yang disayanginya. Malangnya kita selalu lupa untuk menghargai setiap titik peluh ibu. Kita selalu mengabaikan keluh kesah ibu dek kesibukan peribadi. Namun ibu tidak akan pernah menunjukkan rasa kecil hati. Jauh sekali berkecil hati. Sang ibu akan tetap tersenyum dan menghiburkan.

Istimewanya wanita bergelar IBU.

No comments:

Post a Comment